Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum menulis dengan lebih panjang,elok kiranya saya memperkenalkan diri dahulu.Nama diberi ialah Siti Nur Sa'adah Binti Mustaffa. Saya merupakan pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Melaka dan sekarang saya menetap di Putrajaya.Kini dengan rassminya bergelar mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ini merupakan kali pertama saya mempunyai blog,bukannya tidak tahu untuk membuat blog tetapi kemahiran itu memang kuranglah,lebih-lebih lagi kini lebih ramai yang suka untuk berinteraksi secara online melalui Facebook atau Twitter dimana saya pun begitu.
Oleh itu,pada hari jumaat 14 september 2012,saya telah menghadari kelas aplikasi komputer dimana pensyarahnya ialah Puan Faridahtul Ainun.Untuk kelas pertama ini Puan Faridah telah mengajar serba sedikit mengenai cara dan penggunaan blog.
Saya rasa tidak perlu coretan yang panjang kerana akan datang pasti lebih banyak entrinya.Lebih-lebih saya perlu mengaplikasikan segala pembelajaran baru yang akan diterima nanti terutama bagi subjek aplikasi komputer.
Sekian,terima kasiH kerana membaca blog ini daripada saya yang serba kekurangan, (^.^)V
0 comments:
Post a Comment