WELCOME

TQVM for viewing my page.
#ALWAYS HUMBLE (^0^)V

Thursday, 27 December 2012

little info for everybody!!!

https://twitter.com/Saadahmustaffa

Sunday, 9 December 2012

this is what we called INFORMAL MOTIVATION :P


Saturday, 8 December 2012

LEADER DO CARE

Ketika di KLIA semalam bersama sukarelawan. PELEPASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA “2nd WAVE ROAD TO GAZA oleh Kelab Putera 1Malaysia. Semoga perjalanan mereka selamat hendaknya dan semoga Allah merahmati keikhlasan hati sukarelawan kita.~~

            Dr. Mahathir bin Mohamad

Baca Dan Renung!!


Wednesday, 17 October 2012

EXTRA TASK MICROSOFT EXCEL-SAADAH

Thursday, 11 October 2012

TASK MICROSOFT ECXEL

Task Microsoft Word-SAADAH

Wednesday, 19 September 2012

PERKAKASAN=HARDWARE

Apa itu perkakasan?

Komputer merupakan sebuah sistem yang mengandungi pelbagai komponen. Antara komponen itu ialah Windows XP yang tergolong dalam komponen perisian (software). Manakala komponen yang boleh dilihat,dirasa,disentuh dan mudah pecah bila dibaling dikenali sebagai perkakasan (hardware).

1)KEPERLUANYA

PENDRIVE
  • Perkakasan utama: Perkakasan ini mesti terdapat pada komputer bagi menghidupkannya seperti motherboard,RAM,power supply,processor,keyboard,monitor dan sebagainya.
  • Perkakasan tambahan: Walaupun tanpa adanya peerkakasan tambahan ini pada komputer,komputer masih boleh digunakan.Perkakasan tambahan ini menambah daya guna dan kemampuan komputer.Contohnya ialah mouse,webcab,modem USB dan sebagainya.
2)FUNGSINYA
WEBCAM
  • Peringkat input: Peringkat yang digunakan untuk memasukkan gambar,tulisan,suara dan video ke dalam komputer.Contoh perkakasan yang digunakan pada peringkat ini ialah mouse,mikrofon,kamera dan keyboard.
  • Peringkat proses: Ini merupakan peringkat yang digunakan untuk memproses hasil daripada peringkat input.Perkakasan yang digunakan pada perinkat ini ialah CPU dan RAM.
  • Peringkat output: Dimana peringkat ini akan mengeluarkan hasil yang diberi oleh peringkat proses.Contoh perkakasan yang digunakan ialah printer,monitor,speaker dan headphone.

Friday, 14 September 2012

Fasa baru,aktiviti baru~~blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum menulis dengan lebih panjang,elok kiranya saya memperkenalkan diri dahulu.Nama diberi ialah Siti Nur Sa'adah Binti Mustaffa. Saya merupakan pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Melaka dan sekarang saya menetap di Putrajaya.Kini dengan rassminya bergelar mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ini merupakan kali pertama saya mempunyai blog,bukannya tidak tahu untuk membuat blog tetapi kemahiran itu memang kuranglah,lebih-lebih lagi kini lebih ramai yang suka untuk berinteraksi secara online melalui Facebook atau Twitter dimana saya pun begitu.

Oleh itu,pada hari jumaat 14 september 2012,saya telah menghadari kelas aplikasi komputer dimana pensyarahnya ialah Puan Faridahtul Ainun.Untuk kelas pertama ini Puan Faridah telah mengajar serba sedikit mengenai cara dan penggunaan blog.

Saya rasa tidak perlu coretan yang panjang kerana akan datang pasti lebih banyak entrinya.Lebih-lebih saya perlu  mengaplikasikan segala pembelajaran baru yang akan diterima nanti terutama bagi subjek aplikasi komputer.

Sekian,terima kasiH kerana membaca blog ini daripada saya yang serba kekurangan, (^.^)V